Citra Kemboja

Anak-anak Kemboja
Anak-anak Kemboja

Penulis | T:zi

Pertama kali ku menjejakkan kaki di bumi kemboja adalah pada tahun 2007 dengan tujuan untuk mengerjakan pengambaran video dokumentari. Aku menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat Melayu Cham yang hidup serba kekurangan namun tiada yang meminta-meminta jauh sekali menjadi pengemis. Mereka kelihatan sentiasa dalam kesyukuran dan tenang, munkin kerana keperitan hidup zaman Pol Pot jauh lebih sensara.

Sungai Mekong menjadi sumber rezeki penduduk miskin di Kemboja. Jika kelihatan perahu di perairan Sungai Mekong itu menandakan adanya orang Islam kerana Melayu Cham kebanyakannya adalah nelayan. Meraka memancing dan menjala untuk mendapatkan sumber rezeki dan air sungai itu juga dijadikan untuk bahan minuman harian.

Mereka hanya makan daging lembu setahun sekali ketika meraikan Hari Raya Qurban. Masyarakat Cham yang hidup didaerah pendalaman sering punyai kesukaran bekalan air. Mereka terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air di kampung lain yang mempunyai perigi. Dari itu sedekah untuk membuat perigi amat diperlukan disana.

Pondok yang kecil beratapkan nipah menampung ramai penghuni kerana tuan rumah yang miskin berhati mulia menabur ihsan dan membenarkan orang yang telah roboh rumahnya menumpang di kediamannya. Dalam keadaan yang sedemikian aku masih merasakan suasana muhibah dengan ketawa riang orang kampung  yang tidak lokek mengukir senyuman.

Bantuan dalam pendidikan juga diperlukan. Ramai guru-guru yang mengajar tidak bergaji. Sumbangan amat dialu-alukan untuk keperluan pendidikan seperti buku, baju sekolah, komputer, gaji guru, asrama, membangunan sekolah dan banyak lagi.

Jika anda ingin menyertai saya dan team untuk beramal dan membantu Masyarakat Melayu Cham Di Kemboja menerusi Mufti Besar Kemboja silalah turut serta dengan projek kemanusiaan. >> Citra Fitrah

ShareShare on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on Twitter0Share on LinkedIn0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*