Quotes

Apabila kau melihat cermin pastinya rupa mu terlebih dahulu yang akan ditatap, bukan refleksi sekeliling mu, sedangkan sekeliling mu jua adalah refleksi mu.”- T:zi

Pengisian ruang seni hidup dalam cerah redup.”- T:zi

Takkan terasa betapa indahnya diri mu kerana diri adalah tempat kediaman, seperti orang yang terpesona melihat indahnya negara lain tapi keindahan negara sendiri tidak terlihat kerana dia berada didalam.”- T:zi

Sebenar-benar cinta sejati bukannya cinta pada menusia yang kita miliki. Kerana manusia yang kita cintai akan kembali pada yang lebih mencintai yaitu Maha Pemilik yang sememangnya segala-galanya termasuk diri ini adalah milikNya.”- T:zi

Cari ilmu hingga mengenali bahawa ilmu itu tiada.”- T:zi

Mengapa berlagak merendah diri bila masih tergganggu dengan kesombongan orang.”- T:zi

Karya penulisan negatif hanya menonjolkan dan menceritakan kelemahan diri, bukan untuk pembangunan insan.”- T:zi

Sekali bersuara kesan berapi, sekali diam terus menyepi.”- T:zi

Apabila sesuatu itu berbingkai ia kelihatan lebih menyerlah keindahannya, kita dalam keindahan yang tak berbingkai. Sukar menghargai dan bersyukur pada keindahan yang dah sedia ada.”- T:zi

Bahang petang tidak menghauskan mereka yang dahagakan cinta sejati.”- T:zi

Melukis dan menulis menajamkan mata hati.”- T:zi

Tak kanan tak kiri, tak tinggi tak rendah. Hidup sederhana saja.”- T:zi